Wednesday, November 11, 2009

Angkara Amarah..

Semalam aku terbaca keratan akhbar yang memaparkan seorang lelaki warga emas yang berusia 80 telah menikam isterinya yang berumur 71 tahun di sebuah negeri utara tanah air. Dikatakan punca utama pembunuhan itu berlaku adalah disebabkan perasaan cemburu. Sifat kelakiannya tercabar apabila si isteri telah meminta cerai. Mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga setahun yang lalu namun sejak dua bulan kebelakangan ini, mereka mula merasakan kurang serasi. Namun, si isteri yang telah pun mendirikan rumah tangga yang ke belas itu tidak membiarkan masa untuk memberikan jawapan kepada perihal rumahtangga mereka lalu dia telah memohon cerai daripada suaminya. Hal itu telah menyebabkan si suami bertindak untuk membunuhnya. Cubaan bunuh yang pertama telah dibuat, tetapi berjaya dihalang oleh ahli keluarganya. Namun, keesokkan harinya dia nekad untuk membunuh isterinya. Apabila dia datang ke rumah isterinya itu, pisau yang disembunyikan dalam poket baju melayunya itu telah dikeluarkan lantas merobek perut isterinya itu. Inilah angkara amarah yang menguasai diri manusia.

Terdapat satu kisah seekor syaitan telah menyamar menjadi menusia dan berusaha untuk menyesatkan seorang abid (ahli ibadah), namun usahanya tidak berjaya keran si abid tersebut berwaspada dengan tipu daya syaitan. Selepas gagal menyesatkannya, syaitan mengaku kalah lalu ingin meninggalkan rumah si abid tersebut. Lalu terdapat 3 persoalan yang di lontarkan oleh si abid kepada syaitan iaitu siapakah kawan syaitan dan siapa musuh syaitan serta apakah perkara yang paling syaitan suka lakukan terhadap manusia..lalu syaitan pun memberikan jawapan dengan jujur kepada persoalan tersebut. Apa yang ingin dipetik di sini, daripada jawapan si syaitan itu adalah perkara yang paling syaitan suka adalah ketika manusia apabila dalam keadaan marah. "Aku akan mempermain-mainkannya sehingga kemuncak kemarahan seperti sang kanak-kanak bermain bola". Nah, inilah jawapan kepada punca masalah ini. Semuanya kerana amarah. Apabila seseorang merasa marah, kecenderungan untuk bertindak diluar rasional dan diluar kawalan, sangat besar. Justeru, pelbagai natijah akan terhasil kesan daripada gagal mengawal perasaan marah dan terlalu mengikut perasaan.

Aku masih lagi teringta pada satu kisah yang aku dengar daripada radio IKIM.fm.. Seorang ayah yang kepenatan baru balik dari kerja sedang berehat di rumah, namun alangkah terkejutnya si ayah itu apabila keluar ke halaman rumah didapati anaknya sedang seronok menggoreskan sesuatu pada dinding keretanya. Lantas, tanpa berfikir panjang si ayah tersebut terus mengheret anaknya ke dalam rumah lalu di pukul si anak beralu-talu sebagai ekspresi kemarahannya. Tanpa belas kasihan pukulan diteruskan walaupun si anak menangis dan merayu serta memohon maaf. Setelah puas melepaskan rasa marah dan geramnya, lalu si ayah pun behenti dari memukul dan membiarkan si anak bersendirian. Selang sehari selepas itu, si anak mula demam. Trauma dengan pukulan ayahnya membuatkan dia hanya berkurung dalam bilik sahaja. Beberapa hari kemudian, sakit anaknya itu makin melarat. Kasih seorang ibu melihat keadaan anaknya itu,dia merayu agar anaknya diberi peluang untuk mendapatkan rawatan namun si ayah tidak benarkan. Masih ada sisa dendam dalam dirinya. Namun, kerana keadaan anaknya bertambah teruk, akhirnya si ayah akur lalu membawa anaknya ke hospital. Apabila sampai di hospital, Doktor segera merawat anaknya. apabila pemeriksaan dijalankan di dapati tangan anaknya itu tidak dapat berfungsi kerana terdapat jangkitan lalu terpaksa dipotong. Si anak menjerit menahan sakit..Melihat anaknya menderita sakit, si ayah bersetuju agar tangan anaknya di potong untuk mengelakkan jangkitan yang lebih teruk. Dalam linangan air mata, dia menahan rasa kesal yang teramat. Terasa begitu bodoh dia mengikut perasaan hingga menggadaikan nasib anaknya sendiri. Apabila selesai pembedahan,si anak mula sedarkan diri. Alangkah terkejutnya si anak yang masih kecil itu kerana didapati tangannya sudah tidak ada lagi. Dia meraung sekuat hati. "Ayah..mana tangan adik! Adik janji adik takkan main-main lagi, dik tak nak conteng lagi kereta ayah. Ayah..adik nak tangan adik !!" Si anak menangis sekuat hatinya. Si ibu dan si ayah sebak melihat keadaan anak mereka, namun nasi sudah pun menjadi hangit. Tidak ada gunanya lagi untuk menyesal. Si ayah menangis dan memohon maaf pada anaknya..namun,keadaan tidak akan kembali seperti dulu. Nasib anaknya sudah berubah gara-gara nafsu amarah si anak. Apakah nilainya sebiji kereta jika dibandingkan dengan mahalnya nikmat seorang anak kurniaan Allah.

Islam telah menyediakan pencegahan dan penyelesaian dalam permasalahan ini, sesuai ia berperanan sebagai satu 'tool' yang mana Pencipta (Allah) bumi dan alam semesta ini telah sediakan supaya ciptaannya (makhluk) dapat meneruskan kehidupan dengan selamat. Penyelesaian dan cara mengatasi perasaan marah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w. Perasaan marah dikaitkan dengan kejadian syaitan, iaitu syaitan suka mengapi-apikan perasaan marah. Justeru Islam mengajar kita untuk segera berwudhu' apabila marah. Air wudhu' itu insyaAllah dapat memadamkan maraan api syaitan dalam diri kita. Jika masih lagi gagal, kita perlu duduk jika dalam keadaan berdiri dan jika masih lagi gagal juga, kita perlu berbaring.

Demikian yang diajarkan untuk penyelesaian kepada perasaan marah, namun pencegahan yang bersifat long term juga di ajar. Sebagaimana yang kita tahu bahawa perasaan marah ini boleh dicetuskan oleh perasaan cemburu,dengki, ego, mementingkan diri dan sebagainya. Sebagai pencegahan, Islam menyediakan pakej yang lengkap kepada kita iaitu ilmu tentang akhlak. Terdapat 2 jenis sifat dalam diri manusia ini yang perlu kita kenali iaitu sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Sifat mahmudah seperti sabar,redha,ikhlas,tawadhu,zuhud dan sebagainya hasil daripada jiwa yang bersih dan suci. Ia berlawanan dengan sifat mazmumah seperti riya', takabbur,hasad dengki.bohong, khianat,pemarah,pendendam,sombong dan sebagainya hasil daripada jiwa yang kotor dan tercemar dengan dosa. Justeru, pendekatan rohani mampu memupuk sifat mahmudah dan menyingkirkan sifat mazmumah dalam diri kita. Ilmu tasawwuf yang menyentuh berkenaan soal hati dapat membantu dalam mendidik hati kita. Namun, ilmu tasawuuf mestilah didahului dengan ilmu aqidah dan syariah. Barulah sempurna pembentukkan peribadi seorang muslim. Aqidah yang mantap umpama akar pokok yang kuat mencengkam ke bumi, syariat yang jelas di ibaratkan seperti batang pokok yang meninggi dan akhlak di umpakan seperti ranumnya buah yang dihasilkan oleh binaan akar dan dahan pokok yang sempurna tadi.

Aku juga asalnya bersifat pemarah, namun setelah aku mula mengenali Islam yang sebenarnya secara drastik aku berubah. Sehingga hari ini,aku sukar untuk marah dan jika marah aku masih boleh mengawalnya dengan rasional. Sebelum aku mengenali Islam yang sebenar, aku sendiri tidak memahami kandungan agama Islam yang sebenar. Semua yang dilakukan kebanyakkan kerana telah menjadi adat dalam kehidupan masyarakat Melayu. Namun aku bersyukur, Allah pertemukan aku dengan hidayah yang tak terbanding harganya ini. Setelh mengenali Islam aku telah jatuh cinta padanya dan aku sanggup berkorban untuknya, insyaAllah. Aku merasakan kehidupanku sebelum ini hilang arah tanpa petunjuk kebenaran. Mata hatiku mula terbuka terhadap Islam apabila membaca sebuah buku tulisan Prof Dr Nik Rusdi, pensyarah UiTM yang bertajuk Kenali Al-Islam. Dalam buku itu banyak penjelasan tentang asas Islam yang selama ini cetek dalam pengetahuanku. Aku sangat teruja membacanya kerana banyak persoalanku tentang Islam terjawab. Hmm, aku sudah sedia muslim sejak lahir namun ke temui kebenaran ini dalam pencarianku. Alhamdulillah. Seperti mana berubahnya Ali Setan dan juga vokalis Melissa. Begitu juga dengan Rahimah Rahim. Dan mungkin juga Marshanda Indonesia. Kami semua telah sedia muslim sejak lahir,namun setelah terbuka pintu hati barulah kami merasai nikmat Islam yang sebenarnya lalu menghargainya. Ku harapkan nikmat 'taat dalam agama' ini kekal untuk aku istiqamah hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment