Wednesday, July 22, 2009

JacKo di Ratapi,Marwa tidak di Peduli..

MARWA EL SHERBINI LAMBANG MUSLIMAH SEJATI



Al Fatihah kita sedekahkan kepada syahidah Islam yang baru-baru ini, ukhti Marwa El Sherbini yang telah dijemput Allah kerana mempertahankan kesucian perintah Allah dalam menutup aurat. Keberanian beliau mempertahankan apa yang ada pada diri seorang muslimah amat penting untuk kita mengambil iktibar dan contoh teladan daripada pengorbanan beliau.



Mari kita susuri latar belakang beliau. مروة الشربيني‎ (7 October , 1977 – 1 July , 2009) telah dilahirkan di Alexandria Mesir, merupakan seorang ahli farmasi, warga negara Mesir. Beliau merupakan seorang isteri kepada Elwi Ali-Okaz seorang pensyarah di Universiti Minufiya yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ijazah kedoktoran dalam bidang Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics di Jerman manakala beliau pula berkerja di University Hospital Dresden. Beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Mustafa berusia 3 tahun dan sedang mengandungkan anak kedua yang berusia 3 bulan.



Pada ogos 2008, seorang lelaki Jerman bernama Alex W telah menengkingnya dengan bahasa yang kesat di sebuah taman permainan kanak-kanak terbuka di Bresden hanya kerana perebutan buaian antara anak sedaranya dengan Mustafa, putera Marwa. Beliau dipanggil dengan kesat iaitu panggilan "islamist" "terrorist" dan "slut". Beberapa orang cuba untuk masuk campur, namun Alex W tetap terus menengking dan memanggil Marwa dengan panggilan dan bahasa yang kesat dalam bahasa Jerman dan Rusia sehinggalah polis tiba di tempat itu. Kes itu kemudian ddibawa ke mahkamah.



Keputusan perbicaraan di Mahkamah di Dresden Jerman telah mendapati Alex W telah dituduh melakukan kesalahan fitnah dan dia telah didenda membayar 780 Euro. Keputusan yang dilihat menyebelahi Marwa itu telah dibantah oleh alex W. Sepanjang rayuan yang dikemukakan, Alex W menyatakan bahawa orang seperti Marwa ini sebenarnya bukan seorang manusia pun!! Dan tak layak untuk di berikan hak (kemenangan kes)!.



Ketika kes rayuan di dengari untuk dibicarakan pada 1 Julai 2009, 8 orang telah hadir di ruang perbicaraan mahkamah. Tiada kawalan keselamatan khusus semasa perbicaraan rayuan dijalankan. Setelah selesai Marwa memberikan kenyataan sebagai saksi, Alex W terus berjalan ke arah Marwa dengan pantas lalu menikam marwa 18 kali bertubi-tubi sambil menjerit "Kau Tak Patut Hidup!!!"Suami marwa yang datang cuba untuk menyelamatkannya turut ditikam pada bahagian paru-paru dan pinggul. Seorang pegawai polis yang berada disekitar tempat itu yang tidak terlibat dengan perbicaraan kes Marwa telah dipanggil lalu dia tersalah sangka Elwi Ali Okaz sebagai penyerang lalu telah menembaknya di bahagian kaki. Keadaan Elwi Ali Okaz kritikal,dia telah koma selama 2 hari sebelum sedarkan diri namun Marwa telah syahid ditempat kejadian tanpa sempat diselamatkan.



Demikianlah kisah pengorbanan seorang mujahidah Islam alaf moden, yang tak gentar dan mengalah dalam mempertahankan keIzzahan islam dan perintah Rubbul Izzati. Ketika akju kyusuk membaca tentang kisah Marwa ini,terasa menitis air mata kerana aku begitu sedih dengan apa yang terjadi ke atas beliau amat jelas bahawa Umat Islam sentiasa menjadi mangsa keadaan . mengapa seorang muslim dikatakan pengganas? Adakah hanya kerana teguh mempertahankan keimanan kepada Allah yang Maha Esa?



Siapakah sebenarnya pengganas? Muslimlah yang selalu menjadi mangsa agama lain. Adakah kita masih ingat peristiwa Masjid Babri di ayodia India ? Masjid itu telah diruntuhkan oleh penganut agama hindu dan berapa banyak jiwa orang islam di situ telah dibunuh. Mengapa? Mereka percaya di tapak masjid itulah dewa mereka akan turun di situ. Mengapa perlu berbunuhan? Adakah kita masih ingat kezaliman Arial Sharon kepada umat palestine? pembunuhan etnik beramai-ramai..penyembelihan..rogol..menjadi mainan orang yahudi. bagaimana pula dengan nasib orang islam kemboja? mereka terpaksa melarikan diri dari negara sendiri agar tidak dibunuh oleh pihak tentera yang zalim. Namun, apabila sampai di thailand untuk berteduh dan berlindung, kerajaan thailand telah menghanyutkan semula pelarian kemboja ini tanpa bekalan makanan dan minuman dan mereka di layan dengan zalim. Bagaimana pula dengan para Syuhada' di Masjid al Furqan? 11orang telah mati di tembak ketika sedang solat isya' berjemaah. Apaka hbegitu murah nailai nyawa dan harga jiwa seorang muslim sehingga begitu mudah menjadi mangsa agama lain yang ganas. satu jari dituding kepada Islam , dengan menyatakan muslim is terrorist, tanpa mereka sedar 4 jari terpalit ke muka mereka sendiri. sejarah membuktikan Islamlah agama yang membawa kedamaian, yang menyatukan umat yang bertelagah dan berpecah.



Kita sedang berada di zaman fitnah. Roda Islam sedang berputar, daripada bawah sedang perputar untuk naik ke atas. segala penindasan, ancaman, kezaliman yang dilakukan kepada orang islam ini tidak akan berpanjangan.



Aku amat yakin dengan janji Allah dalan surah An nur ayat 55 "Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamuyang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia SUNGGUH AKAN MENJADIKAN MEREKA BERKUASA DI BUMI sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan SUNGGUH, Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang diredhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, SETELAH BERADA DALAM KETAKUTAN MENJADI AMAN SENTOSA. Mereka tetap menyembahKu dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu apapun".



Justeru,usahlah kita terlalu gusar dengan apa yang berlaku sehingga tergendala semua perjalanan hidup kita. Hidup perlu diteruskan. apa yang perlu dilakukan teruskan berkerja untuk kemenangan Islam. Islam tetap akan menang , cuma tidak pasti bila waktunya. Tugas kita hanyalah berkerja uuntuk Islam . jika kita tidak sempat merasai kemenangan itu, Akan ada orang-orang selepas kita yang akan meneruskan rantai perjuangan ini. Inilah sebahagian ujian khidupan seperti yang disebut Allah dalam surah Al-Mulk:2.



Semoga semangat perjuangan dan roh jihad Marwa El Sherbini sama-sama kita tiupkan dalam diri agar terus kental dan teguh dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati, tidak kendur terhadap celaan orang yang mencela, kezaliamn orang yag zalim dan kedengkian orang yang dengki. Kalimah toyyibah tetap akan mekar dibumi Allah ini. Allahu Akbar!!



Sebenarnya aku sudah terlalu mengantuk. Sekarang menghampiri jam 3 pagi. 7 pagi esok aku perlu meneruskan tugasan dan tanggunggjawab seperti biasa jika di panjangkan umur. namun, walaupun aku mengantuk tetapi semangat Marwa ini telah meniupkan angin yang cukup segar hingga aku mampu bertahan hingga ke saat ini. Semoga beliau tergolong dikalangan syuhada', orang2 soleh dan dimuliakan Allah. Aku berazam ingin mengikuti jejak langkahnya..

No comments:

Post a Comment