Tuesday, May 11, 2010

BuaNg AnAk..RoGoL..HomoseksuaL




assalamu'alaikum.. sudah lama rasanya jari jemariku tidak menari-nari di papan kekunci untuk meng'up date'kan blogku. Terasa masa begitu pantas berlalu, walau seperti sudah banyak yang dilakukan tapi seperti masih banyak lagi tugasan yang menanti. Benarlah kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna "Kewajipan Lebih Banyak Daripada Waktu Yang Ada.." Perbahasan tentang isu pendidikan seks, adakah wajar dijadikan sebagai subjek pengajian di sekolah-sekolah agak hangat dibincangkan. PIBG seluruh Malaysia menyatakan bantahan mereka terhadap usul ini. Kalu kita lihat memang banyak sekali kes-kes buang bayi yang dilaporkan.


Mari kita hayati bersama sama lirik lagu Wajah Suci daripada Mestica..


Wajah suci itu tidak berdosa

Mengapa ia dibiar begitu sahaja

Sedih pilu menatap mukanya

Kaku terdampar di lembah hina


Apa dosanya si kecil itu

Belum sempat ia memanggil ibu

Sampai hati engkau dizalimi

Oleh mereka yang tiada simpati


c/o Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati

Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati

Di manakah nilai ihsan insani

Apa dosanya si kecil itu


Kerana kasih tersasar tujuan hidup

Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan

Buntu tiada jalan penyelesaian

Lalu si anak di buang dijalanan


Mengapa tiada simpati dan kasihan

Sayu hati melihat nasib dirimu

Bagai tiada nilainya disisi

Wajah suci itu telah dinodai


Namun lahirmu ada nilainya

Disisi Allah engkau mulia

Bagai kain putih kau tiada dosa

Bartaubatlah mereka yang hina


Aku hairan, hampir setiap hari media melaporkan berita pembuangan bayi. Statistik menunjukkan bahawa setiap 17 minit 17 saat seorang bayi luar nikah akan lahir. Beberapa kisah dalam masyarakat yang dapat kubaca di akhbar tempatan sudah cukup merungsingkanku , apatah lagi kisah yang tidak tercatit di akhbar. Selain itu juga, makin banyak kisah pelik dalam masyarakat hari ini yang sepatutnya serius kita berfikir untuk menyelesaikannya.


Beberapa kisah yang terdapat di dalam akhbar ;


1) Kuantan: Penduduk Kampung Panching gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat yang telah dijumpai tersangkut pada pukat. Timbalan Ketua Polis daerah Kuantan berkata, “kita percaya bayi ini adalah keturunan Melayu dan baru sahaja di lahirkan kerana masih bertali pusat”. Bedah siasat yang dijalankan di Hospital HTAAR kuantan menunjukkan bayi itu mati sejurus selepas dilahirkan

2) Shah Alam : Janin lelaki berusia lingkungan empat bulan telah ditemui di pintu hadapan tokong di Jinjang Utara, Jinjang, Kuala Lumpur. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, janin lelaki itu telah cukup sifat dan panjangnya berukuran 10 cm itu telah disumbat dalam balang plastik menyimpan gula gula. Bayi tersebut telah dibedah siasat di HKL.

3) Ipoh: Seorang bayi perempuan ditemui masih hidup di tempat pembuangan sampah pada 27 Mac lalu. Bayi tersebut ditemui dalam keadaan menahan kesejukkan. Saksi yang menemui mangsa telah membawanya ke Hospital Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bayi itu telah diberikan nama Masya Qurniea dan akan di bawa ke Mahkamah Majestrit untuk mendapatkan perintah perlindungan sementara.

4) Shah Alam: Mayat seorang bayi yang masih belum dikenal pasti jantinanya ditemui dalam keadaan tangan hampir terputus akibat digonggong seekor anjing dalam kejadian di Jalan Padang Tembak, berdekatan dengan Lapangan T erbang Subang. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, mayat bayi itu baru dilahirkan berikutan masih terdapat uri yang ditemui bersamanya. Bayi itu ditemui oleh Ahmad Romzi setelah perasaan ingin tahu terhadap apa yang digonggong oleh seekor anjing, lalu membawa kepada penemuan bayi itu. Setelah anjing itu dihalau, rupa rupanya beliau mendapati yang digonggong oleh anjing tersebut adalah mayat seorang bayi yang tidak dapat dikenal pasti jantina dan bangsanya kerana keadaanya yang sudah tidak sempurna di mana tangan bayi itu ditinggalkan oleh anjing tersebut beberapa meter daripada badan bayi itu ditemui.

5) Klang: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah seksyen atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak. Tertuduh yang berusia 37 tahun telah merogol anaknya yang ketika itu berusia 14 tahun sehingga melahirkan anak. Kesalahan itu telah dilakukan di kampong Sri Perantau, Pelabuhan Klang. Tertuduh juga turut mengancam untuk membunuh isterinya setelah isterinya mengetahui perbuatannya merogol anak mereka sehingga melahirkan anak itu.



6) Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh mahkamah kerana didapati bersalah merogol anaknya setelah kematian isterinya. Hakim telah menjatuhkan hukuman yang berat kepada tertuduh sebagai pengajaran kerana tidak berperanan sebagai pelindung kepada anak anak, malah menjadi perosak kepada masa depan mereka.


7) Seorang pemandu syarikat swasta telah dijatuhkan hukuman tiga kali sebatan serta penjara 12 tahun kerana didapati bersalah apabila telah merogol kekasihnya di dalam kereta Iswara di Tapak Pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Mangsa yang berumur 20 tahun ketika kejadian dikatakan telah dirogol kerana tidak bersetuju untuk berkahwin dengan tertuduh yang mempunyai lima anak walaupun tertuduh telah mendapat keizinan daripada isteri pertama.


8) Shah Alam: Seorang wanita ahli perniagaan berusia 31 tahun mendakwa telah dirogol di sebuah hotel di Teluk Intan oleh seorang lelaki berjawatan Tok Sidang di sebuah kampung. Wanita itu yang sudah berkeluarga dikatakan telah berkenalan lelaki itu sehingga membawa mereka sering keluar bersama dan berlanjutan ke hotel sebelum di rogol oleh tertuduh.



Ini baru kupetik daripada sebuah akhbar yang diterbitkan dalam tempoh seminggu. Terlalu banyak kerosakan yang telah berlaku dalam masyarakat kita. Jika kita fikir, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini, ianya sukar jika hanya sesetengah pihak sahaja yang berusaha untuk bertindak menyelesaikannya.


Aku berpendapat, pendidikan seks semata-mata tidak mampu untuk membetulkan kembali keadaan ini ataupun membina generasi akan datang yang lebih bersih daripada noda maksiat. Kerana apa? Kerana selagi Iman dan Taqwa tidak ditanamkan di dalam hati manusia, selagi itulah manusia akan menuju kerosakan. Taqwa di ibaratkan oleh saidina Umar seperti berjalan dijalan yang berduri, perlu berhati-hati. Ehsan mampu menjadikan hidup manusia tidak memerlukan lagi pemantauan daripada pihak polis. Masakan tidak, setiap kali ingin berbuat dosa, dirasakan malaikat di bahu sedia untuk mencatit, malah rasa malu akan bertambah kerana bisikan hati mampu diketahui oleh Sang Pencipta yang Maha Mendengar, Maha Bijaksana. Perasaan ini ditambah lagi apabila membayangkan kitab amalan akan dibentangkan setiap inci perbuatan di dunia serta para saksi yang adil lagi soheh akan membuat penyaksian. Nah, cantiknya jika Islam Hakiki itu benar-benar difahami, sudah tentu ummah hari ini tidak berada dalam kekacauan moral seperti hari ini. Maka, seharusnya subjek Pendidikan Islam perlu dinilai semula supaya lebih dilihat syumul dan berteraskan kepada 3 tiang utama ad-Deen iaitu Aqidah, Syariat dan Akhlak.


Di Malaysia terdapat banyak NGO yang ditubuhkan dan mereka berusaha untuk melaksanakan dakwah dan kebajikan seperti program kesedaran, menubuhkan rumah pemulihan akhlak dan sebagainya. Namun, hal ini belum mampu lagi untuk membantu sepenuhnya merawat dan menyelesaikan masalah ummah di negara kita hari ini. Kenapa? Ia adalah kerana kerosakan dalam masyarakat hari ini bukan berlaku semalam, namun ianya adalah rentetan daripada usaha Sekularisme yang telah dibawa masuk oleh penjajah secara rasminya dalam Perjanjian Pangkor. Pemisahan urusan agama dan dunialah yang menjadi punca kemelut segala permasalahan yang berlaku.


Apabila agama dipisahkan dengan urusan dunia, maka segala perkara di luar daripada solat dilihat tidak ada kaitan dengan agama. Kerana fahaman inilah orang orang yang masih lagi bersolat mampu untuk melakukan rasuah, penipuan dalam projek pembangunan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kerana mereka tidak menjadikan agama sebagai panduan yang memandu hidup mereka. Allah telah berfirman dalam al Quran yang bermaksud “wahai orang orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya..” di ayat yang lain Allah berfirman “Mengapakah kamu beriman dengan sebahagian kitab dan kufur terhadap sebahagian yang lain?”. Maka, barangsiapa yang dapat meredhai hidup mereka dilingkari sistem sekular, maka ia telah menolak kesyumulan Islam secara terang terangan. Islam is the way of life! Semua orang mampu mengungkapkannya, namun secara realitinya, Islam jarang dikaitkan dengan ;pembangunan, ekonomi, politik, sosial , kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya. Malah, sesiapa yang ingin beramal dengan Islam sepenuhnya dilihat kolot, ketinggalan serta tidak bertamadun.


Apakah kita tidak perhatikan nasib umat sebelum ini yang telah mendustakan Allah dan Rasulnya? Kepakaran mereka sangat hebat hinggakan disebut di dalam al Quran kebolehan mengukir bukit dan gunung menjadi binaan bangunan kediaman. Sangat hebat ilmu dan kepakaran yang mereka miliki, malahan teknologi hari ini belum mampu menandingi kepakaran mereka di mana kita tidak mampu untuk mengukir bukit dan gunung menjadi kediaman, malah hanya mampu untuk meratakan bukit dan gunung sahaja. Rumah kediaman yang dibina ditempat tinggi pun sudah cukup merisaukan kerana berdepan dengan risiko tanah runtuh dan sebagainya.


Indicator kejahilan bukanlah terletak pada kemunduran sesuatu tamadun dalam membina bangunan yang tinggi megah mencecah awan, namun hakikatnya kayu ukur kepada kejahilan sebenarnya terletak pada sejauh mana manusia mampu beriman dengan Allah serta dapat menjalani kehidupan dengan menggunakan acuan Allah dalam kehidupan ini. Allah sebagai pencipta langit dan bumi lebih berhak untuk menentukan cara hidup dan cara menguruskan bumi ini agar tidak berlaku banyak kerosakan dan kemudharatan. Namun, harini, ramai manusia telah dibutakan daripada melihat kebenaran kerana dipukau oleh keindahan make up dunia. Justeru, segala yang bertentangan dengan agama dilihat indah.


Adakah masuk aqal untuk kita menerima konsep homoseksual? Sama ada gay mahupun lesbian. Orang yang tidak meletakkan Allah sebagai Tuhan, malah nafsu sebagai Tuhan akan tegar untuk membenarkan ketidaknormalan ini diterima dalam masyarakat.


Firman Allah: “ Maka pernahkah engkau melihat orang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya ,dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta telah menutup penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) ?. Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”. ( Al Jatsiyah: 23)


Singapura dan Indonesia adalah antara negara di Timur yang boleh menerima konsep hubungan seksual songsang ini atas dasar meraikan hak asasi manusia. Kerajaan Indonesia di bawah pemerintahan Sosilo Bambang telah meluluskan hak golongan gay dan lesbian untuk mengadakan Kongres mereka memandangkan hak mereka sebagai warganegara. Seorang pemimpin Islam jika tidak mengamalkan Islam dalam pemerintahan, maka akan hilanglah barakah dalam pemerintahan itu. Mustahil untuk mencapai Baldatun Rahmah Wa Rabbul Ghafur (negeri yang dirahmati serta mendapat keampunan Ilahi).


Ketika Khalifah Umar mentadbir, keberkatan dirasai diseluruh pelusuk negeri hinggakan sang serigala boleh bersahabat dengan kambing biri biri, namun hari ini si ayah sendiri tidak boleh dipercayai untuk melindungi si anak. Bermakna hilanglah keberkatan dalam negara. Mungkin ia berlaku kerana negara tidak sepenuhnya melaksanaakan model pemerintahan Islam yang sebenarnya di tuntut dalam Islam.


Kita bersyukur kerana di negara kita NGO masih diberi kebebasan untuk beraktiviti. Kebanyakkan NGO Islam aktif menjalankan usaha dakwah dan kebajikan dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Namun, hingga hari ini tidak banyak yang mampu di ubah kerana kita masih berlegar dalam sistem hidup jahiliyyah. Selagi belenggu sistem hidup jahiliyyah ini tidak di buang, selagi itulah tidak sepenuhnya Islam dalam dilaksanakan. Islam yang diperintah akan terbatas untuk dilaksanakan, namun andainya Islam yang memerintah, nafsu si pemerintah perlu akur pada Islam kerana Islam yang dijadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam pemerintahan, bukannya nafsu. Sebagaimana kisah Saidina Ali yang merupakan seorang Perdana Menteri, iaitu khalifah pada waktu itu telah akur kepada keputusan hakim iaitu tidak membenarkan anaknya untuk menjadi saksi. Malah, beliau tidak memperkudakan sistem kehakiman untuk kepentingan diri. Hal ini telah membuka pintu hati si Yahudi untuk memeluk agama Islam.


Bagaimanakah cara untuk mengubah sistem jahiliyyah kepada sistem Islam? Mengikut kepada situasi di negara kita, suara 2/3 daripada Dewan Rakyat mampu merombak dasar dalam negara hari ini. Maka, perintah kewajipan untuk melaksanakan pemerintahan Islam menyebabkan wajibnya untuk mendapatkan suara sokongan 2/3 dalam Dewan rakyat untuk mengubah dasar dalam negara. Untuk mendapat 2/3 suara sokongan dalam Dewan Rakyat, maka wajib untuk menyertai pilihanraya sebagai cara yang betul untuk mewakili Parlimen yang di pertandingkan.


Namun, timbul persoalan… “boleh ke kita nak terus terlibat dengan politik, sedangkan diri belum lagi sempurna untuk menjadi contoh model sebagai individu muslim..? Rasulullah dahulu sebelum mengusai Kota Madinah dengan pemerintahan Islam, baginda telah menanamkan aqidah yang mantap di kalangan sahabat sahabat, namun kita hari ini yang masih terumbang ambing dengan penguasaan ilmu Islam yang sedikit ini terus nak terjun ke medan politik?. Seharusnya kita bina dulu diri kita dengan ilmu hingga dapat menjadi model individu muslim, barulah terjun ke medan politik..” Apakah jawapan kepada persoalan ini? InshaAllah akan dikupas pada penulisan akan datang. Lagu dibawah ini telah lama di rakamkan oleh Shoutul Amal. Liriknya penuh makna,menepati maksud surah An Nuur ayat 55.


Oh alangkah indah hidup ini

Bila Islam bersinar kembali

Cahaya iman menyuluh tiap sanubari

Kebenaran mewarnai bumi


Telah lama dijanjikan

Bara Islam mara semula

Manusia kegelapan

Merindukan cahaya pembela


Pasti datang saat itu

Janji Tuhan pasti berlaku

Di dunia bahagia

Di akhirat kekal selamanya


Pada Tuhan doa dan harapan

Daulah Islam seluruh dunia

Selamatkan kami umat di akhir zaman

Dengan iman yang terpelihara

No comments:

Post a Comment