MARWA EL SHERBINI LAMBANG MUSLIMAH SEJATI
Al Fatihah kita sedekahkan kepada syahidah Islam yang baru-baru ini, ukhti Marwa El Sherbini yang telah dijemput Allah kerana mempertahankan kesucian perintah Allah dalam menutup aurat. Keberanian beliau mempertahankan apa yang ada pada diri seorang muslimah amat penting untuk kita mengambil iktibar dan contoh teladan daripada pengorbanan beliau.
Mari kita susuri latar belakang beliau. مروة الشربيني (7 October , 1977 – 1 July , 2009) telah dilahirkan di Alexandria Mesir, merupakan seorang ahli farmasi, warga negara Mesir. Beliau merupakan seorang isteri kepada Elwi Ali-Okaz seorang pensyarah di Universiti Minufiya yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ijazah kedoktoran dalam bidang Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics di Jerman manakala beliau pula berkerja di University Hospital Dresden. Beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Mustafa berusia 3 tahun dan sedang mengandungkan anak kedua yang berusia 3 bulan.
Pada ogos 2008, seorang lelaki Jerman bernama Alex W telah menengkingnya dengan bahasa yang kesat di sebuah taman permainan kanak-kanak terbuka di Bresden hanya kerana perebutan buaian antara anak sedaranya dengan Mustafa, putera Marwa. Beliau dipanggil dengan kesat iaitu panggilan "islamist" "terrorist" dan "slut". Beberapa orang cuba untuk masuk campur, namun Alex W tetap terus menengking dan memanggil Marwa dengan panggilan dan bahasa yang kesat dalam bahasa Jerman dan Rusia sehinggalah polis tiba di tempat itu. Kes itu kemudian ddibawa ke mahkamah.
Keputusan perbicaraan di Mahkamah di Dresden Jerman telah mendapati Alex W telah dituduh melakukan kesalahan fitnah dan dia telah didenda membayar 780 Euro. Keputusan yang dilihat menyebelahi Marwa itu telah dibantah oleh alex W. Sepanjang rayuan yang dikemukakan, Alex W menyatakan bahawa orang seperti Marwa ini sebenarnya bukan seorang manusia pun!! Dan tak layak untuk di berikan hak (kemenangan kes)!.
Ketika kes rayuan di dengari untuk dibicarakan pada 1 Julai 2009, 8 orang telah hadir di ruang perbicaraan mahkamah. Tiada kawalan keselamatan khusus semasa perbicaraan rayuan dijalankan. Setelah selesai Marwa memberikan kenyataan sebagai saksi, Alex W terus berjalan ke arah Marwa dengan pantas lalu menikam marwa 18 kali bertubi-tubi sambil menjerit "Kau Tak Patut Hidup!!!"Suami marwa yang datang cuba untuk menyelamatkannya turut ditikam pada bahagian paru-paru dan pinggul. Seorang pegawai polis yang berada disekitar tempat itu yang tidak terlibat dengan perbicaraan kes Marwa telah dipanggil lalu dia tersalah sangka Elwi Ali Okaz sebagai penyerang lalu telah menembaknya di bahagian kaki. Keadaan Elwi Ali Okaz kritikal,dia telah koma selama 2 hari sebelum sedarkan diri namun Marwa telah syahid ditempat kejadian tanpa sempat diselamatkan.
Demikianlah kisah pengorbanan seorang mujahidah Islam alaf moden, yang tak gentar dan mengalah dalam mempertahankan keIzzahan islam dan perintah Rubbul Izzati. Ketika akju kyusuk membaca tentang kisah Marwa ini,terasa menitis air mata kerana aku begitu sedih dengan apa yang terjadi ke atas beliau amat jelas bahawa Umat Islam sentiasa menjadi mangsa keadaan . mengapa seorang muslim dikatakan pengganas? Adakah hanya kerana teguh mempertahankan keimanan kepada Allah yang Maha Esa?
Siapakah sebenarnya pengganas? Muslimlah yang selalu menjadi mangsa agama lain. Adakah kita masih ingat peristiwa Masjid Babri di ayodia India ? Masjid itu telah diruntuhkan oleh penganut agama hindu dan berapa banyak jiwa orang islam di situ telah dibunuh. Mengapa? Mereka percaya di tapak masjid itulah dewa mereka akan turun di situ. Mengapa perlu berbunuhan? Adakah kita masih ingat kezaliman Arial Sharon kepada umat palestine? pembunuhan etnik beramai-ramai..penyembelihan..rogol..menjadi mainan orang yahudi. bagaimana pula dengan nasib orang islam kemboja? mereka terpaksa melarikan diri dari negara sendiri agar tidak dibunuh oleh pihak tentera yang zalim. Namun, apabila sampai di thailand untuk berteduh dan berlindung, kerajaan thailand telah menghanyutkan semula pelarian kemboja ini tanpa bekalan makanan dan minuman dan mereka di layan dengan zalim. Bagaimana pula dengan para Syuhada' di Masjid al Furqan? 11orang telah mati di tembak ketika sedang solat isya' berjemaah. Apaka hbegitu murah nailai nyawa dan harga jiwa seorang muslim sehingga begitu mudah menjadi mangsa agama lain yang ganas. satu jari dituding kepada Islam , dengan menyatakan muslim is terrorist, tanpa mereka sedar 4 jari terpalit ke muka mereka sendiri. sejarah membuktikan Islamlah agama yang membawa kedamaian, yang menyatukan umat yang bertelagah dan berpecah.
Kita sedang berada di zaman fitnah. Roda Islam sedang berputar, daripada bawah sedang perputar untuk naik ke atas. segala penindasan, ancaman, kezaliman yang dilakukan kepada orang islam ini tidak akan berpanjangan.
Aku amat yakin dengan janji Allah dalan surah An nur ayat 55 "Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamuyang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia SUNGGUH AKAN MENJADIKAN MEREKA BERKUASA DI BUMI sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan SUNGGUH, Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang diredhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, SETELAH BERADA DALAM KETAKUTAN MENJADI AMAN SENTOSA. Mereka tetap menyembahKu dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu apapun".
Justeru,usahlah kita terlalu gusar dengan apa yang berlaku sehingga tergendala semua perjalanan hidup kita. Hidup perlu diteruskan. apa yang perlu dilakukan teruskan berkerja untuk kemenangan Islam. Islam tetap akan menang , cuma tidak pasti bila waktunya. Tugas kita hanyalah berkerja uuntuk Islam . jika kita tidak sempat merasai kemenangan itu, Akan ada orang-orang selepas kita yang akan meneruskan rantai perjuangan ini. Inilah sebahagian ujian khidupan seperti yang disebut Allah dalam surah Al-Mulk:2.
Semoga semangat perjuangan dan roh jihad Marwa El Sherbini sama-sama kita tiupkan dalam diri agar terus kental dan teguh dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati, tidak kendur terhadap celaan orang yang mencela, kezaliamn orang yag zalim dan kedengkian orang yang dengki. Kalimah toyyibah tetap akan mekar dibumi Allah ini. Allahu Akbar!!
Sebenarnya aku sudah terlalu mengantuk. Sekarang menghampiri jam 3 pagi. 7 pagi esok aku perlu meneruskan tugasan dan tanggunggjawab seperti biasa jika di panjangkan umur. namun, walaupun aku mengantuk tetapi semangat Marwa ini telah meniupkan angin yang cukup segar hingga aku mampu bertahan hingga ke saat ini. Semoga beliau tergolong dikalangan syuhada', orang2 soleh dan dimuliakan Allah. Aku berazam ingin mengikuti jejak langkahnya..
Wednesday, July 22, 2009
Friday, July 10, 2009
Gelodak Jiwa Seorang da'ie
Satu fenomena yang sering dirasai oleh para pendakwah adalah takut di uji dengan kata-kata sendiri. Aku juga sering merasakan demikian. Tatkala lidahku petah menyarankan nasihat , tiba-tiba aku sendiri diterpa ujian yang amat berat kurasakan. Benar sebagaimana firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu tidak melakukan apa yang engkau katakan. Sesungguhnya amat besar kemurkaan disisi Allah orang-orang yang mengatakan tapi tidak kotakan". (as-Soff:2-3).
Persoalannya, sampai bilakah kita ingin memastikan diri kita sempurna barulah kita dianggap layak untuk memberikan peringatan? Sebenarnya insan yang sempurna hanyalah Rasulullah, kita yang tidak maksum ini penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Perkara ini dikupas oleh temanku dengan kemas, hingga aku tersenyum kepuasan. Walaupun aku bukan dari aliran agama diperingkat IPT, namun aku amat bersyukur mempunyai ramai teman yang kudampingi dari kalangan mereka yang dikurniakan 'faqeh dan mempunyai ilmu dibidang agama'. Selagi persoalan yang aku dahagakan jawapannya,aku tidak berputus asa untuk mencarinya walau bersilih ganti. Kerana aku amat yakin,kebenaran Islam mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh aqal manusia.
Fitri temanku menjawab bahawa 'menjadi tanggungjawab kepada setiap pendakwah untuk menyampaikan peringatan sebagaimana hadis Rasulullah "sampaikanlah walaupun satu ayat", namun dalam masa yang sama, mustahil untuk memastikan perkara yang kita telah laksanakan sahaja yang boleh kita sampaikan kerana tidak ada orang yang telah sempurna amalannya'. Ya, daripada kekurangan bekalan diri pendakwah itulah sepatutnya menjadi inspirasi untuk kita meningkatkan kualiti diri kita. Apa yang telah kita sampaikan , kita juga perlu berusaha untuk laksanakan. Di situlah peranan tarbiyyah diri da'ie tersebut. Tarbiyyah itu adalah merupakan satu proses untuk meningkatkan kualiti diri kita.
Namun, tarbiyyah mempunyai banyak cabangnya. Bukan sekadar ruhiyyah, namun juga thaqafah (kefahaman), jasmaniyyah/ jasadiyyah (fizikal) dan sebagainya. Apabila berlaku proses, sudah tentu input yang asalnya menjadi raw material akan menghasilkan output yang sama sekali berbeza daripada input yang dimasukkan pada mulanya. Jika input dan output adalah sama, bermakna tiada proses yang berlaku. Secara mudah untuk kita fahami, jika tiada peningkatan dalam kualiti diri seorang dai'e bermakna dia tidak menjalani proses tarbiyyah pada dirinya. Tarbiyyah bukan hanya perlu diprogramkan, tapi ia bermula dari kesedaran dalam diri. Jika diri kita ingin berusaha meningkatkan tarbiyyah,segala sumber disekeliling akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Justeru, untuk mendepani cabaran 'di uji dengan kata-kata sendiri' oleh dai'e, kita perlu bersedia menyediakan diri kita untuk ditarbiyyahkan. Memang sukar,namun hanya tarbiyyah yang mampu membantu kita berdiri teguh disaat manusia lainnya rebah.
Aku tahu,diriku ini amat rendah kualiti tarbiyyahku. Namun aku cuba agar tidak berterusan melayan rasa yang kurang enak ini. Tarbiyyah yang baik mampu melahirkan da'ie yang ikhlas, komited dan mempunyai kejelasan fikrah dan kefahaman yang jitu. Aku tidak pasti, apakah aku akan tumbang sebelum melepasi tapisan Allah, namun aku amat mengharapkan agar aku dapat terpilih hingga ke tapisan Allah yang terakhir. Semoga sahabat-sahabat semua thabat , kuatkan semangat dan tidak goyah dengan ujian Allah yang datang dari atas, bawah, kiri kanan , depan dan belakang ini.

Sunday, June 28, 2009
Jiwa sepi berbicara
Assalaamu'alaikum..
Terkadang kita sering merasa hati dihambat perasaan sepi, syahdu dan sayu tika perasaan telah dilukai. Namun, tanpa kita sedar bahawa ada 'sesuatu' yang sentiasa mendampingi kita, sudi mendengar luahan hati dan berkemampuan menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi. Namun, kehadirannya sering kali kita abaikan, di saat bibir kita girang terukir senyuman dan gelak ketawa. Tidak terasa kewujudannya disisi kita walaupun Dia setia setiap waktu tanpa jemu. Namun,apabila berlalu senyuman dan hati mula terusik rasa sedih, barulah kita mencariNya kembali untuk dapat mengubat luka. KehadiranNya tidak pernah kita hargai. Seolah tiada nilai dan erti harga kesetiaan yang telah diberi. "sesuatu" itu sering hadir menghampiri diri kita, Dia sering mendengar bisikan hati nurani kita dan merindukan rintihan kita padaNya.Apabila ditimpa musibah, kita akan membalas cintaNya yang setia,namun apabila telah hilang musibah itu kita kembali melupakanNya. seperti cinta yang ditagih adalah suatu permainan an hanya memenuhi keinginan kita semata. Namun, Dia tetap setia menuggu kita kembali membalas cintaNya walaupun berkali kita melupakanNya.
"HambaKu menyombongkan diri terhadapKu
dengan pelbagai bentuk kemegahan
padahal Akulah yang melindungi mereka
di tempat tidur mereka
Aku yang menciptakan
namun yang disembahnya adalah selainKu
Aku yang memberi rezeki
namun selainKu yang disyukuri
kebaikanKu sentiasa turun kepada para hambaKu
tapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu
Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatKu
sedangkan Aku tidak memerlukan mereka
mereka memancing kemurkaanKu dengan pelbagai kemaksiatan
padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaKu
Sesiapa yang datang kepadaKu maka
ia akan kujemput dari kejauhan
sesiapa yang berpaling dariKu
Aku akan memanggilnya dari kejauhan
Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku
akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup
sesiapa yang menginginkan keredhaanKu
Aku pun menginginkan apa yang diinginkannya
Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada
daya dan kekuatanKu
maka akan Kulunakkan besi baginya
dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku dari selainKu
Akua akan memetingkannya dari orang lain
Orang yang mengerjakan maksiat
tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmatKu
jika mereka bertaubat kepadaKu
maka aku akan menjadi kekasih mereka
sebab Aku mencintai orang-orang
yang bertaubat dan mensucikan diri
kalau mereka tidak bertaubat kepadaKu
maka aku akan bertindak sebagai Doktor mereka
akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan berbagai musibah
untuk membersihkan mereka dari berbagai aib
Satu kebaikan disisiKu adalah
senilai sepuluh kali ganda sepertinya
hingga tujuh ratus kali ganda
hingga ke gandaan yang banyak sekali
sedangkan kejahatan disisiKu adalah bernilai satu
maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun
maka Aku pun mengampunkannya
Aku mensyukuri amal kebajikan yaang sedikit
dan mengampuni banyak kesalahan
Kasih sayangKu mendahului KemurkaanKu
Sifat penyantunKu
mendahului keputusanKu menjatuhi hukuman
pemberian maafKu lebih mendahului seksaanKu
Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaKu
lebih daripada kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya
Jika engkau mengingati Aku sendirian
Aku akan mengingati engkau di khalayak ramai
jika engkau mengingati Aku di khalayak ramai
Aku akan mengingati engkau di khalayak yang lebih baik dari itu
jika engkau datang kepadaKu berjalan
Akuhn akan datang kepadamu berlari
jika engkau menghampiriku sehasta
Aku akan menghampirimu sejengkal
Demikianlah Kekasih yang setia sentiasa sudi menemani kita saat suka dan duka
namun cinta yang kita balas tiada keikhlasan men'dua'kanNya dalam perkara yang lain
sering lalai ketika ber'dua-duan' denganNya seolah tiada kemanisan yang kita kecapi
tapi hanya penat yang diperolehi
PemberiaanNya terhadap kita terlalu mahal Dia sudah cukup kaya dan tidak memerlukan kita
hanya ketulusan cinta kita padaNya sebagai bukti lambang cinta sejati
sanggup korbankan kepentingan diri untuk melakukan perkara yang disukaiNya
sanggup menahan kehendak diri dari melakukan laranganNya
Mahalnya pengorbanan yang diberi bukti cinta yang tulus suci yang pasti tidak akan pernah menghampakan pasti kita tidak akan dikecewakan hanya kesetiaan dan keikhlasan
yang didambakan bukti kejujuran. Adakah kita juga mampu menjadi kekasih yang setia? tidak menduakan cinta kita padaNya..semoga kita beroleh kebahagiaan dalam dakapan cintaNya.

Wednesday, May 20, 2009
Bila Idea mula ber'PENA'
Assalamualaikum wbt..
alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dirafakkan buat Rabbul Izzati kerana dgn izin dan
kurnia-Nya blog ini terhasil jua. Sedikit kekangan datang silih berganti, memungkinkan penghasilan blog ini tertunda beberapa ketika. Namun, semua itu tidak menjadi asbab untuk menyekat diri agar terus berpena mentarbiyah diri, mengheret nilai TAQWA dlm jagaan-Nya lantas membawa sedikit sumbangan kepada ummat sejagat.
InsyaAllah..
Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi. Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai. Biarkan kegelisahan lenyap, jangan aku hilang semangat.
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan aku jana semula.
Biar apa lagi ?
( ^ - ^ )
Biar apa orang kata,
yang pasti ...
AKU INGIN BERPENA DLM REDHO_NYA
Subscribe to:
Posts (Atom)